Profile Coach Terima Islam




Asalamualaikum para pembaca.

Farokh  Vara-Jan bin Abdullah dilahirkan pada 11hb September 1960 di Kuala Lumpur Malaysia dalam sebuah keluarga Hindu. Sejak berumur 13 tahun, beliau telah mula mencari “ Password ” untuk keajaiban perkembangan spiritual serta menjelajah dunia nyata dan alam ghaib.


Lepas keluar dari Maktab Perguruan pada 1980 beliau terus mengasingkan diri selepas waktu bekerja resmi serta mencari guru-guru spiritual yang tidak dikenali ramai dan mula belajar rahsia ilmu akses alam metafizik melalui internet spiritualisma.


Mulai 1980 sehingga 1985, beliau belajar  kursus 5 tahun untuk menjadi soroang padri dibawah bimbingan mubaligh dari sebuah seminari theology yang beribu-pejabat di Middlesex, Britain sejak 1840. Pada 1985 beliau menamatkan PhD dalam Jurusan Religion atau Pengajian Keugamaan. Walaupun seminari ini berasaskan ugama kristian, namun mereka adalah satu-satunya seminari institusi  pengajian ugama Kristien yang menerima Nabi Muhammad  S.A.W sebagai  seorang Nabi atau Prophet selepas pemulangan Jesus Christ.




Jadi selepas berkhidmat sebagai Padri serta  Coach Padri Asia Pacific selama tiga setahun, beliau meletak jawatan pada 1988 kerana jiwa beliau sering bergelora pedih mencari “kebenaran” sebenarnya. Semua yang dia belajar sampai keperingkat PhD adalah teori dan sejarah semata-mata. Lautan Ilmu Al Haq belum boleh di kenal dan selami lagi.


Pada tahun 1988 juga beliau meletakkan jawatan sebagai seorang guru bahasa Inggeris di sebuah sekolah kerajaan. Maka dari situlah mulanya saat-saat  Farokh menjejak falsafah hidup Rasulullah sebagai manusia terAgung dari detik-detik awal penciptaan manusia hinggalah keakhir zaman, sebagai seorang Rasul Allah s.w.t.. Walaupun begitu, hati dan kalbunya belum mendapat rahmat dan hidayat lagi untuk menjadi seorang mualaf.


Beliau berjumpa dengan ramai guru pondok dan sheikh yang rabun ilmu kerana mereka hidup dalam kemiskinan dan kesempitan hidup. Beliau mula tertanya-tanya, apakah agama Islam yang membawa maksud di dunia nyata  sebagai “Jalan ( agama ) yang PALING SELAMAT DAN BERKAT  ( Islam ) tetapi penganutnya hidup dengan kegagalan, korupsi, kemiskinan dan kesengsaraan.


Beliau juga banyak kali tertipu oleh orang bersarban, berjanggut dan berjubah serta mereka bertopengkan agama Islam untuk kepentingan peribadi.



Dari 1988 hingga ke  1997 beliau terus mencari guru spiritual di Malaysia, Indonesia dan India tetapi yang beliau jumpa itu semuanya pandai bersilat, berubat, bersyarah dan berbicara tetapi tiada siapa memegang  kunci “Mengenal Diri atau Mengenal Tuhan”.  Farokh terus mencari dari dikalangan Kiai-Kiai hebah, Mahaguru kepada mahaguru ,Ulamak Selebriti  dan guru pondok ...... tetapi masih menghampakan.


Pada 1997, beliau meletakkan jawatan tertinggi sebagai Pengurus Sumber Manusia Kanan dan terus menganggur serta mempergiatkan usaha: menjejak falsafah hidup Nabi-Nabi untuk menjadi Khalifah yang     “Mengenal Diri dan Mengenal Tuhan”.



Kini umur sudah mencapai 37 tetapi masih menanggur serta memikul beban keperluan kewangan keluarga. Wang dalam simpanan mula dicairkan dan dihakiskan untuk perbelanjaan perjalanan mencari ilmu di negara-negara seperti America Syarikat, China, Australia, Thailand, Macau, Hong Kong, Indonesia, Singapura, Sri  Lanka dari guru-guru beragama Islam, Kristien, Hindu, Buddha serta pengamal ilmu hitam. Masih menghampakan kerana apa yang dicari untuk kunci “Mengenal Diri dan Mengenal Tuhan” tidak tercapai.


Kini umur sudah mula mencapai 40 dan Farokh mula belajar sains Metafizik dan Quantum Spiritualisma dari guru-guru terhebat di India, Australia dan America Syarikat. 


Dari situ Farokh mula menarik Rezeki Berkat dari Lima Penjuru Alam kerana pada saat-saat ini beliau sudah melangkah ke Zon Muflis.


Ilmu Metafizik  dan Quantum Spiritualisma telah mula membawa rezeki berkat dalam benih-benih sponsorship atau tajaan syarikat-syarikat besar, untuk  beliau pergi belajar kursus-kursus tercanggih sain metafizik minda menarik rezeki di luar negara dan balik mengajar kaedah-kaedah terbaru kepada pengedar-pengedar mereka di negara-negara ASEAN.


Jadi pada umur menjejak 43, beliau telah habiskan wang beratus ribu ringgit , wang tajaan oleh syarikat-syarikat di ASEAN untuk “Pendidikan Perkembangan Diri” menarik rezeki berkat untuk kebahagiaan dunia .

Kini Farokh sudah menyerah diri pada takdir kerana lepas kehabisan wang tajaan melebihi RM 1, 000,000   ( satu juta )  di 13 buah Negara, beliau masih berdiri ditepi jalan kerana kemuflisan spiritual dan kewangan.

Kini jiwa yang bergelora mencari ilmu mengenal diri  sudah mula menjadi jiwa yang sentiasa marah seperti api neraka. Dia mula menyoal diri samada “Tuhan wujud atau Tidak”. Kini dia mula hidup sebagai seorang Atheist yang tidak percaya pada kewujudan tuhan. Jiwa Farokh mula memberontak dan dia meninggal  keluarga dan mula berjalan dari Kuala Lumpur ke Thailand tanpa duit dan paspot, dalam keadaan pergerakkan minda bawa sedar.


Kini pada umur 40an , dia mula hidup seperti tok sami Siam yang hidup atas sumbangan sedekah orang, tidur dibawah pokok dan berjalan tanpa selipar dengan tongkat dan tempurong. Dia di pelihara oleh seorang sami  Buddha yang sudah tua selama beberapa bulan, mereka bermeditasi berjam-jam, tidak bercakap serta makan sekali sahaja dalam beberapa hari, itu pun jika ada makanan; kalau tidak mereka bermeditasi dan berpuasa dengan minum air tebu dan air kelapa muda.


Dengan tidak semena-mena, kesemua ini mula berubah.......




Pada waktu malam semasa Farokh bermeditasi bersama sami Siam, dia mula mendengar AZAN yang membawa buih-buih kebahagian didalam diri dia. Agak pelik sebab dia zikir keratan-keratan doa yang di ajarkan oleh tok sami beragama Buddha tetapi peliknya, kedengaran AZAN di dalam kepalanya. Lebih banyak dia membaca doa Siam, lebih kuat kedengaran AZAN didalam kepalanya. Pada hari bulan penuh, AZAN kedengaran diseluruh sel-sel yang berbilion bilangan mereka didalam tubuhnya dan ternampak satu cahaya keemasan yang lebih power dari seribu matahari tetapi ianya tidak menyilaukan matanya.




Kini keadaan mencari lebih genting kerana diantara lapisan-lapisan Azan yang Merdu, dia terdengar tanggisan ibunya. Jiwa yang bergelora mula memuncak seperti bayi yang baru lahir mencari puting susu ibunya pada saat saat ia berkelaparan. Kehausan kembali berjumpa ibunya mula menikam hati dan kalbu Farokh......


.......Sehingga hari ini dia tidak tahu macam mana dia boleh berada balik di pangkuan ibunya kerana semua yang terpaku dalam ingatan  Farouk adalah dia sedang berada bersama sami Buddha dekat Surat Thani, Thailand.




Adakah kesemuanya satu mimpi ataupun dia dah melangkah kedalam satu alam ghaib  untuk mengenal ““Jalan ( agama ) yang PALING SELAMAT DAN TERBERKAT  ( Islam )” secara pintas........ ?


....pada masa ini, masih tiada jawapan yang ditemuinya,.......


Kini , jiwa dan sanubarinya Farokh  mula rasa tersiksa, bila tidak terdengar AZAN walaupun dia cuba bermeditasi berulangkali. Tetapi setiap malam bila dia cuba memejam mata untuk masuk tidur, dia kedengaran macam ada ramai orang  sedang berjalan berkelilinginya serta mendendangkan doa-doa dalam bahasa Arab. Rasa macam bilik tidurnya ditawaf oleh orang ramai.




Mimpi-mimpinya juga agak ganjil kerana setiap malam dia bermimpi makan  bersama seorang yang penuh bercahaya. Kulit, darah daging dan segala rahsianya adalah diperbuat daripada zat nur di dalam nur. Setiap kali makanan yang disajikan adalah sekeping roti macam roti canai bergandum dan saiznya pula 3 hingga 4 kali besar dan tebalnya dari apa yang kita nampak dikedai mamak kita. Hidangan lain adalah acar halia, susu dan kurma besar dan bulat yang tidak berbiji.



Farokh dan “Orang Bercahaya NURSINAR ( cahaya didalam cahaya pekat berlapis )  gemilang dan terbilang” itu tidak bercakap sepatah katapun tetapi mereka akan terus makan atau bersantap bersama kemudian adengan lepas makan itu akan terus menjadi pudar dan hilang.... Farokh pula akan bangun mengejut dengan kepalanya sakit ringan , pening dan berdenyut.




...... rasa ketakutan yang seram mula menguasai diri Farokh  bahawa dia kini dilanda sakit ganjil ataupun penyakit sakit jiwa. Secara senyap dia ingin dibawah ke India untuk dirawat oleh pakar homeopathy di India yang pernah menjadi kenalannya sejak penghujung tahun 1980an.


Adik kandung lelaki Farokh telah menaja penerbangan ke India dan sebelum itu, adiknya mencadangkan mendapatkan rawatan kepakaran secara percuma di Hospital Super Specialist Sai Baba untuk masalah mimpi banyak dan susah tidur yang melanda Farokh.


Mereka mendarat di lapangan terbang di Banglore, India pada waktu tengah malam dan terus menyewa satu Jeep macam SUV untuk perjalanan  laju  selama 3 jam di waktu malam yang membutakan, mengarah ke satu bandar kecil dimana  Hospital Super Specialist Sai Baba beribu pejabat.





Mereka menyewa bilik  di bandar kecil dekat Hospital Super Specialist Sai Baba dan semasa tidur, mimpi yang sama mengular didalam kepala Farouk, yang beza kali ini,  buah kurma yang Farouk makan bersama “Orang Bercahaya NURSINAR ( cahaya didalam cahaya pekat berlapis ) gemilang dan terbilang” adalah kurma berbiji ( sebesar lipas rumah ). Sajian yang lain semuanya adalah sama seperti biasa iaitu roti gandum tebal, acar halia dan susu.




Diwaktu pagi, bandar kecil Hospital Specialist Sai Baba akan dibangunkan dengan dendangan nyanyian berselera keugamaan sekitar pukul 4.30 pagi dan pengikut ajaran SaiBaba akan masuk baris untuk berjumpa Sai Baba, mula pukul 5.00 pagi. Bilangan pengikut Sai Baba senang-senang meningkat  ke 20,000- ke 30,000 setiap pagi .. Hospital Super Specialist Saibaba akan menerima pesakit baru pada pukul 9.00 pagi.


Farokh pun bangun  sekitar pukul 4 pagi selepas berehat dekat sejam sahaja, dengan kesakitan perut yang memulas; satu macam sakit yang tidak pernah dia rasa sebelum itu.  Dia ingat itu adalah keracunan makanan dari makanan ringan tengah malam di lapangan terbang India. Dia pun berkejar ke tandas  duduk dalam biliknya. Dia rasa lega bila semua isi perutnya disemadikan pada tandas duduk tersebut....


.... pelik tetapi benar.....


...... apa yang keluar dari perutnya bukanlah najis biasa tetapi semua 100% adalah biji-biji kurma yang di makan dalam mimpi....



.... sekarang tersiksa jiwa yang merunsingkan  emosi, mental dan fizikal Farokh.... macam mana apa yang dia makan dalam mimpi itu boleh keluar pada tandas tersebut dalam dunia nyata ? ....


Mimpi apa ini ? ....


Apakah “penyakit jiwa” Farokh ini  satu penyakit yang nyata ataupun adakah ini satu permainan drama ghaib ini atas pentas khayalan didalam kepalanya?


Adiknya mengesahkan bahawa mereka hanyalah memakan samosa iaitu sejenis karipap juadah India dan mereka tidak pernah makan buah kurma sewaktu perjalanan mereka ke India.


Farokh masih tidak ternampak hujung pangkal peristiwa-peristiwa yang menyelimuti hidupnya !!!!. Penyakit itu bukanlah penyakit nyata ! Mimpi itu bukanlah mimpi betul !!! Sudahkah dia gila izim kerana terlalu banyak dia belajar?




Pada tahap ini kekeliruan dan kegelapan menjerebukan hidup Farokh. Dimana arah tujunya sekarang? Mencari ubat kepakaran perubatan moden untuk masalahnya atau tidak? Berpuluh tahun dia sudah berdamping dengan perubatan tradisional  di lebih 10 buah negara tetapi belum terjumpa dengan seorang yang betul betul tulen dan betul? Dimanakah dia nak mencari penyelesaian..... soalan demi soalan mula mengkaburi mata pemikiran seperti jerebu tebal !


Untuk 4 hari berikutnya kesunyian dan kegelisahan melanda hidup Farokh sebab tujuan dia datang berubat tidak tercapai di Hospital Super Specialist Sai Baba . Jadi mereka adik-beradik pun melangkah pulang ke rumah ikut tarikh tiket penerbangan.


Penerbangan mereka adalah pada 12.30 pagi waktu India dan mereka pun berlepas menuju ke arah Malaysia.


Demi Allah, dibawah ini adalah kisah benar....




....... Alhamdullilah,  Farokh menerima hidayat dan rahmat  Allah Subhanahu waa Ta’ala, pada paras 35,000 kaki atas laut dan di perut langit........


Semasa dalam pesawat komersial di 35,000 kaki atas paras laut, pada satu titik GOD SPOT diantara bumi dan langit dan diantara siang dan malam...... Farokh menerima hidayat dan rahmat   Makrifatullah Allah Subhanahu waa Ta’ala sekitar bulan Awal Muharam tahun 2004.  Nama Hazrath Farukh diijazahkan kepada beliau pada saat-saat tersebut. Beliau juga di wasiatkan oleh Orang Bersinar Cahaya  ‘Nur diatas Nur’  ketika menyempurnakan Kalimah Syahadat Farokh untuk menanamkan benih-benih Islam sebagai agama yang mencintakan Kedamaian dan Keamanan Sejagat.



Sejadah Orang Bercahaya Nur diatas Nur dilapiskan pada tubuh Farokh sebagai Selimut Kalam dalam usaha beliau memandatkan Islam sebagai Ugama Pencinta keamanan Sejagat.  Itulah kali terakhir  Farokh dapat bertemu dengan Orang Bersinar Cahaya  ‘Nur diatas Nur’ didalam  scenario Khabah Purba yang bersinar Cahaya  ‘Nur diatas Nur’ seperti sejuta matahari diperah menjadi setitis cecair bercahaya.


Adengan terakhir adalah hidayat ini adalah , kesemua kitab-kitab ugama  ( bukan Islam ) yang Farokh hafal selama  tiga puluh tahun kebelakangan ini ditenggelamkan dalam satu perigi  air cecair cahaya yang tak nampak dasarnya.... kemudian timbullah Kitab Suci Al Quran terapung-apung di atas permukaan air serta dilapis dengan kertas bersinar Nur Berlian ( Liquid Diamond )

Sejak itu, semua fail ugama bukan  dalam ingatan  dan hafalan Farokh telah pun terpadam dan beliau kini mengalami ingatan yang pudar serius.




Cerita hidayat dan rahmat   Makrifatullah Allah Subhanahu waa Ta’ala dan Makrifatullah Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam,  TIDAK dapat kami menceritakan disini kerana takut di fitnah dan menimbulkan kontravesi serta di cop ajaran sesat. Ini adalah khazanah ilmu peribadi Farokh dan tak perlulah di hebohkan untuk tujuan publisiti murah. Cerita Jalan kembali ke Islam sudah cukup memadai dan berbaloi. Islam adalah segala-galanya, dari Awal ke Akhir....Subhanallah.


 Ya Awal!  Ya Rahman! Ya Rahim!  Ya Akhir !


Secara resminya, Farokh memeluk agama suci Islam pada tahun 2004 ketika usia beliau mencapai 44 tahun, di  Masjid Jamek, Bandar Baru Seri Petaling, Kuala Lumpur, Malaysia; dihadapan Ustaz Abdul Hamid bin Chin dengan bantuan Ustaz Gunawan yang berkhidmat di Pusat Pentadbiran Putrajaya.







Selama 10 tahun dari 2004 – 2013, beliau secara senyap menjalankan tugas sukarelawan  sebagai Duta Keamanan Dunia bersama The International Association of Educators for World Peace , sebuah agensi NGO Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. IAEWP ( NGO United Nations ) beribupejabat di Alabama, USA, termasuk menganjurkan Kongress Keamanan Dunia IAEWP yang ke-18 di Kuala Lumpur, Malaysia dimana  persidangan peserta dari lebih 70 negara menghadiri congress tersebut.





Bukan senang menjalankan Mandat Illahi untuk menanam benih-benih Islam sebagai agama yang mencintakan Kedamaian dan Keamanan Sejagat kerana hari ini Islam di branding sebagai Agama berteraskan Terrorisma.


Farokh pun kurang mendapat sokongan dari golongan yang berada dan mampu berganding bahu dengannya. Masing-masing mempunyai agenda politik sendiri dan usaha Farokh diperlekekan. Kehidupan yang sempit dan serba kekurangan menajamkan inspirasi Farokh kerana dengan cara inilah, dia mula kenal secara mendalam, kehidupan awal para khalifah-khalifah Islam bersama Rasullulah memartabatkan Islam di bumi Allah.


Sebagai jalan keluar untuk menjana Dana untuk tugas-tugas keamanan Dunia, mulai 2014, Farokh akan menjalankan Kursus-Kursus “Perkembangan Diri” yang beliau belajar di 13 buah Negara selama 30 tahun  sampai ke taham PhD ( Integrative psychology ) untuk mereka yang minat menuntut. Semua kursus beliau adalah bercorak saintifik dan BUKAN keugamaan.


Beliau pernah menghasilkan buku NAVIGATOR MINDA USAHAWAN SUKSES pada tahun 2010, yang mengupas serta mendedahkan buat pertama kali ke dunia Islam bagaiman sebuah Negara kecil Israel dengan bilangan penduduk 13.5 juta ( separuh bilangan rakyat Malaysia ) dapat menakluk serta menjajah 92 % ekonomi dunia ( dari belakang tirai ) dalam masa 50 tahun sahaja. Israel mengamal rahsia dari mukjizat Al Quran.

Beliau juga akan menganjurkan kursus-kursus  serta  karya buku kedua beliau iaitu ebook “Bernikah dengan Rezeki Berkat” pada tahun 2015 dari bumi bertuah Malaysia.  


Beliau juga dengan kerjasama IAEWP ( NGO United Nations ) mendaftarkan BORNEO OPEN INTERNATIONAL UNIVERSITY di America Syarikat sebagai Virtual University untuk Pendidikan Keamanan Dunia. Kini selepas berkhidmat selama 10 tahun bersama IAEWP ( NGO UN ), Farouk telah dilantik sebagai INTERNATIONAL EXECUTIVE VICE PRESIDENT FOR PUBLIC RELATIONS yang pertama dalam IAEWP, pada tahun 2013, dan terus menjadi warganegara Malaysia pertama yang memegang jawatan ini di badan keamanan dunia tersebut.




Begitulah caranya Allah s.w.t. membuka Jalan Pintas untuk Farokh menduduki kerusi tertinggi sebagai Wakil IAEWP ke Pertubuhan Bangsa  Bangsa   ( NGO Ambassador to the UNITED NATIONS ) sejak 2007 hingga kini.

Kesemua ini adalah untuk mendedahkan rahsia Illahi bahawa Orang Islam Juga Boleh Hidup Kaya Raya kerana Rahsia kekayaan dunia dan keberkatan akhirat, kesemuanya ada dalam Al Quran..... Cuma kita yang rabun kerana “guru-guru” agama kita  kebanyakan mereka adalah “warga termiskin negara” sedangkan “Sheikh-Sheikh” dari Timur Tengah dan Arab Saudi adalah “ warga terkaya dunia”; Menteri-Menteri Ugama Islam juga amat kaya di negara-negara mereka. Apa beza Ilmu Islam mereka dengan Ilmu Islam kita?

Samada kita pilih Jalan Shurga D’Bumi  atau Jalan Neraka D’Bumi kesemuanya adalah melalui Pendidikan. Kini kami bawa Pendidikan Ilmu Kekayaan dan Kejayaan atas platform keamanan dunia. MAAF, KAMI TIDAK BUAT APA APA KURSUS BERCORAK KEAGAMAAN, semua kursus kami adalah kursus sains kekayaan berdasarkan Al Quran.

Inginkah anda juga mengamal rahsia Jalan Shurga D’Bumi untuk mengubah nasib keluarga anda serta meraihkan martabat anda sebagai Khalifah Allah di bumi, hari ini juga?

Semuanya ada dalam ebook percuma “ Bernikah Dengan Rezeki Berkat”. Cuma tandakan  LIKE pada FACEBOOK dan kami akan emailkan ebook itu pada anda bila buku itu siap ditulis. Inshallah.





Terima kasih kerana meluangkan masa anda yang tidak ternilai itu di blog kami.


Wasalam,

Farokh