Thursday, August 14, 2014

Doa Pengasih -Untuk anda yang masih tiada teman




DOA PENGASIH - UNTUK ANDA YANG TIADA TEMAN HIDUP

Dia berasa kesunyian.

Kawan-kawannya yang lain sudah berpunya. Ada yang sudah berumahtangga. Ada yang sudah menimang cahaya mata sampai 5 orang anak.

Bukan kerana dia tidak mahu berkahwin. Dengan rupa dia yang tampan dan bergaya,  dengan sekali petik sahaja dia boleh mendapat mana-mana gadis untuk menjadi kepunyaan. Tetapi, dia masih belum ketemu gadis pilihan hati.

Ibu dan ayah dah risau dengan keadaannya yang masih solo. Orang kampung dah sibuk tanya statusnya kerap kali dia dikerumun di majlis-majlis perkahwinan. Ah, nak sahaja dia menutup telinga dan lari dari situ.

Dah pelbagai taktik mengurat anak dara telah dia cuba. Cuma ada satu cara lagi belum dicubanya. Halalkah cara ini? Berdosakah aku jika aku melakukannya? Lalu, ditanyanya beberapa orang ustaz dan orang alim tentang ‘taktik terakhir’ ini. Dia berharap kali ini dia dapat bertemu dengan jodohnya – dengan menggunakan doa pengasih.

5 Syarat Sebelum Menggunakan Doa Pengasih.

Doa pengasih adalah doa yang dibaca dengan jampi-jampi dan cara-cara tertentu supaya pengamalnya dapat membuatkan orang yang diingininya tertarik kepadanya dan mencintainya.

Terdapat pelbagai jenis doa pengasih yang boleh dihasilkan bergantung kepada tujuan dan kemahuan. Sebagai contoh, seorang pekerja menggunakan doa pengasih dengan tujuan supaya disayangi majikan dan mendapat kedudukan yang baik di tempat kerja atau seseorang yang mahu cepat berkahwin.

Walaupun ramai yang masih ramai yang ragu-ragu dengan penggunaan doa pengasih ini tetapi sebenarnya ia dibolehkan. Hukum asalnya adalah harus selagi ia mengikut lunas syarak. Berikut adalah beberapa syarat yang perlu dipatuhi:

1. Doa tersebut tidak mengandungi maksud yang boleh mendatangkan syirik seperti beriman selain daripada Allah atau mengambil elemen-elemen dari agama lain.

2. Doa tersebut tidak digunakan untuk tujuan jahat seperti untuk membalas dendam, menggalakkan permusuhan dan mengakibatkan mudarat kepada orang lain. Jika terjadi, ia akan jatuh hukum haram.

3. Doa pengasih tidak dianggap sebagai tangkal yang apabila dibawa ke mana-mana boleh memberikan manfaat kepada penggunanya. Contoh penggunaan adalah seperti gambar, helaian kertas atau rantai.

4. Tidak menyeru dan memuja nama-nama yang tidak difahami maksudnya termasuk juga nama jin atau syaitan.

5. Tidak beriktikad dan menyakini hanya doa pengasih sahaja boleh memberi kesan yang dimahukan walhal hanya Allah Taala sahaja yang berkuasa menentukannya.

6. Mesti mempunyai niat untuk bernikah dengan segera  dan bukannya untuk berfoya-foya.

7. Hanya mencari pasangan yang masih belum berpunya dan bukannya tunang orang atau isteri/suami orang.

Nampaknya ketujuh-tujuh syarat di atas boleh dipatuhi. Dia juga sudah bersedia untuk mengamalkan doa pengasih ini.

Contoh-contoh Doa Pengasih

Terdapat pelbagai doa pengasih yang boleh diamalkan. Antaranya adalah:

1. Untuk pemanis wajah – baca Surah Yusuf ayat 4. Baca sebanyak 3 kali pada tapak tangan selepas selesai solat fardhu dan sapukan pada muka.

2. Pengasih bulan pernama – Sentiasa berselawat ke atas Nabi S.A.W. Baca sebanyak 3 kali samasa membasuh muka selepas bangun dari tidur.

3. Doa untuk menarik jodoh – Baca Surah Al- Anfal ayat 63. Baca sebanyak 7 kali selepas selesai solat fardhu dan 40 kali selepas solat Isyak.

4. Memikat kekasih hati – Baca Surah Al-An’am ayat 103. Baca ayat ini sebanyak 7 kali sebanyak 7 malam berturut-turut. Semasa membaca, bayangkan wajah orang yang dicintai mencintai anda.

5. Menghasilkan sendiri minyak pengasih – Berniat, kemudian mengerjakan solat hajat pada tengah malam sebanyak 2/4/6/8/10 atau 12 rakaat setiap sesi. Selesai solat, baca surah Al-Fil ayat 1 hingga 5 sebanyak 41 kali pada minyak yang ingin digunakan. Anda boleh guna minyak wangi atau minyak atar. Jika anda tidak mampu, boleh guna minyak kasturi untuk menaikkan seri dan pemanis.

Setelah mengetahui contoh-contoh dan kaedah menggunakan doa pengasih ini, dia berharap dapat bertemu dengan gadis kesukaannya.

Cuma satu sahaja yang perlu diingat – jodoh telah ditentukan oleh Allah S.W.T, kita hanya perlu berusaha untuk mendapatkannya.

No comments:

Post a Comment