Thursday, August 14, 2014

Doa Pengasih -Untuk anda yang masih tiada teman




DOA PENGASIH - UNTUK ANDA YANG TIADA TEMAN HIDUP

Dia berasa kesunyian.

Kawan-kawannya yang lain sudah berpunya. Ada yang sudah berumahtangga. Ada yang sudah menimang cahaya mata sampai 5 orang anak.

Bukan kerana dia tidak mahu berkahwin. Dengan rupa dia yang tampan dan bergaya,  dengan sekali petik sahaja dia boleh mendapat mana-mana gadis untuk menjadi kepunyaan. Tetapi, dia masih belum ketemu gadis pilihan hati.

Ibu dan ayah dah risau dengan keadaannya yang masih solo. Orang kampung dah sibuk tanya statusnya kerap kali dia dikerumun di majlis-majlis perkahwinan. Ah, nak sahaja dia menutup telinga dan lari dari situ.

Dah pelbagai taktik mengurat anak dara telah dia cuba. Cuma ada satu cara lagi belum dicubanya. Halalkah cara ini? Berdosakah aku jika aku melakukannya? Lalu, ditanyanya beberapa orang ustaz dan orang alim tentang ‘taktik terakhir’ ini. Dia berharap kali ini dia dapat bertemu dengan jodohnya – dengan menggunakan doa pengasih.

5 Syarat Sebelum Menggunakan Doa Pengasih.

Doa pengasih adalah doa yang dibaca dengan jampi-jampi dan cara-cara tertentu supaya pengamalnya dapat membuatkan orang yang diingininya tertarik kepadanya dan mencintainya.

Terdapat pelbagai jenis doa pengasih yang boleh dihasilkan bergantung kepada tujuan dan kemahuan. Sebagai contoh, seorang pekerja menggunakan doa pengasih dengan tujuan supaya disayangi majikan dan mendapat kedudukan yang baik di tempat kerja atau seseorang yang mahu cepat berkahwin.

Walaupun ramai yang masih ramai yang ragu-ragu dengan penggunaan doa pengasih ini tetapi sebenarnya ia dibolehkan. Hukum asalnya adalah harus selagi ia mengikut lunas syarak. Berikut adalah beberapa syarat yang perlu dipatuhi:

1. Doa tersebut tidak mengandungi maksud yang boleh mendatangkan syirik seperti beriman selain daripada Allah atau mengambil elemen-elemen dari agama lain.

2. Doa tersebut tidak digunakan untuk tujuan jahat seperti untuk membalas dendam, menggalakkan permusuhan dan mengakibatkan mudarat kepada orang lain. Jika terjadi, ia akan jatuh hukum haram.

3. Doa pengasih tidak dianggap sebagai tangkal yang apabila dibawa ke mana-mana boleh memberikan manfaat kepada penggunanya. Contoh penggunaan adalah seperti gambar, helaian kertas atau rantai.

4. Tidak menyeru dan memuja nama-nama yang tidak difahami maksudnya termasuk juga nama jin atau syaitan.

5. Tidak beriktikad dan menyakini hanya doa pengasih sahaja boleh memberi kesan yang dimahukan walhal hanya Allah Taala sahaja yang berkuasa menentukannya.

6. Mesti mempunyai niat untuk bernikah dengan segera  dan bukannya untuk berfoya-foya.

7. Hanya mencari pasangan yang masih belum berpunya dan bukannya tunang orang atau isteri/suami orang.

Nampaknya ketujuh-tujuh syarat di atas boleh dipatuhi. Dia juga sudah bersedia untuk mengamalkan doa pengasih ini.

Contoh-contoh Doa Pengasih

Terdapat pelbagai doa pengasih yang boleh diamalkan. Antaranya adalah:

1. Untuk pemanis wajah – baca Surah Yusuf ayat 4. Baca sebanyak 3 kali pada tapak tangan selepas selesai solat fardhu dan sapukan pada muka.

2. Pengasih bulan pernama – Sentiasa berselawat ke atas Nabi S.A.W. Baca sebanyak 3 kali samasa membasuh muka selepas bangun dari tidur.

3. Doa untuk menarik jodoh – Baca Surah Al- Anfal ayat 63. Baca sebanyak 7 kali selepas selesai solat fardhu dan 40 kali selepas solat Isyak.

4. Memikat kekasih hati – Baca Surah Al-An’am ayat 103. Baca ayat ini sebanyak 7 kali sebanyak 7 malam berturut-turut. Semasa membaca, bayangkan wajah orang yang dicintai mencintai anda.

5. Menghasilkan sendiri minyak pengasih – Berniat, kemudian mengerjakan solat hajat pada tengah malam sebanyak 2/4/6/8/10 atau 12 rakaat setiap sesi. Selesai solat, baca surah Al-Fil ayat 1 hingga 5 sebanyak 41 kali pada minyak yang ingin digunakan. Anda boleh guna minyak wangi atau minyak atar. Jika anda tidak mampu, boleh guna minyak kasturi untuk menaikkan seri dan pemanis.

Setelah mengetahui contoh-contoh dan kaedah menggunakan doa pengasih ini, dia berharap dapat bertemu dengan gadis kesukaannya.

Cuma satu sahaja yang perlu diingat – jodoh telah ditentukan oleh Allah S.W.T, kita hanya perlu berusaha untuk mendapatkannya.

Monday, August 11, 2014

Mukjizat Pengasih Ayat Kursi

Ayat Kursi (Surah Al-Baqoroh Ayat 255) Beserta Arti & Manfaat

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat karena kebesaran dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid bin Tsabit menulis serta menyebarkannya.

Bacaan sesuai terjemahan biasa dari huruf arab ke huruf latin :

 ALLAHU LAA ILAAHA ILLA HUWAL HAYYUL QAYYUMU. LAA TA'KHUDZUHUU SINATUW WA LAA NAUUM. LAHUU MAA FISSAMAAWAATI WA MAA FIL ARDHI. MAN DZAL LADZII YASFA'U 'INDAHUU ILLAA BI IDZNIHI. YA'LAMU MAA BAINA AIDIIHIM WA MAA KHALFAHUM. WA LAA YUHITHUUNA BI SYAI-IN MIN 'ILMIHII ILLAA BI MAASYAA-A. WASI'A KURSIYYUHUSSAMAAWAATI WAL ARDHA. WA LAA YA-UDHUU HIFZHUHUMAA WAHUWAL 'ALIYYUL AZHIIM.


Beberapa khasiat Ayat Al-Kursi :

- Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sholat fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, insyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.

- Mengikut keterangan dari kitab "Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

- Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, Insya-Allah, Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.

- Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud: "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.

- Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

- Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.

- Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.

- Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.

- Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.

- Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah akan menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

- Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu sebaiknya anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.

- Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh

- Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sholat yang lain.

- Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sholat, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.

- Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sholat Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.

- Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

- Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

- Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r.a.