Wednesday, December 25, 2013

Petua 2 : Rahsia Menarik Rezeki dibawah Payung Matahari


Inginkah anda menarik rezeki dari semua tempat yang terkena sinaran matahari?





Inilah petuanya.

Lepas  menyempurnakan sembayang solat Subuh. Pusing dan duduk menghadap arah matahari terbit.

Bacakan doa pembuka di bawah ini sekali sahaja:

" Ya Allah, Ya Hadi, Ya Alim, Ya Kabir, Ya Latiff, 
Ya Mughini, Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Waduud, 
Ya Samad.... salurkanlah zat rezeki dari semua tempat yang terkena sinaran  matahari. Aku duduk dibawah Zat  Payung Allah Hu Akbar

Kemudian zikir doa Bismillah di bawah ini sebanyak 333 kali.

" BismillahirRahmanNirRahim "





Bila keluar rumah nanti, sebutlah  " BismillahirRahmanNirRahim " sebanyak 11 ( sebelas ) kaliserta terus melangkah dengan kaki kanan dan pergilah buat urusan harian anda.


Inshallah, semuanya akan terhasil mujarab.

Friday, December 20, 2013

Petua 1 : Anak Kunci Emas - Pembuka Gedung Khazanah Rezeki



Petua 1 :
ANAK KUNCI GEDUNG KHAZANAH LANGIT & BUMI






Rencana yang tiada terhingga nilainya ini diambil dari sebuah buku karangan Sheikh Hakim Abu Abdullah Moinuddin Chisti – Penyebar Tarekat CHISTI di – Amerika.


Meskipun ada beribu-ribu doa, bacaan dan amalan oleh orang orang sufi namun ada beberapa formula yang tertentu yang lebih darjat dan manafaatnya seperti yang digelar MAQALAD AS-SAMAWI WAL-ARD yang bererti KUNCI PEMBUKA KHAZANAH LANGIT & BUMI.




Walaupun secara khasnya, ayat ini adalah  untuk mnyembuhkan penyakit serta mengelakkan  mengelakkan penyakit, namun  faedah bacaan itu bukan hanya terhad kepada penyakit badan tetapi juga untuk penyakit mental, emosi, spiritual SERTA masalah-masalah berkaitan dengan  kewangan, kejayaan, kekayaan dan kenikmatan akhirat.




ANAK KUNCI GEDUNG KHAZANAH LANGIT & BUMI
Sheikh Hakim Abu Abdullah Moinuddin Chisti


Firman Allah : Ibrahim : 14  “Jika kamu menghitung Nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghitungnya.”

Firman Allah : Maksudnya : “Dan orang orang yang berjihad untuk Kami, sungguh akan Kami tunjukkan kepada mereka Jalan Jalan Kami.”


BACAAN PEMBUKAAN

Sebelum amalan dimulakan maka hendaklah dibaca ayat dibawah supaya kesannya lebih kuat dan dapat pula membuka pintu lautan rahmat dan keberkatan daripada Allah .Insya Allah.

Baik  juga disertakan bacaan yang dapat menghindarkan syaitan ( saperti dibawah ). Bacaan ini dibaca sekali sebelum mengamalkan sebarang amalan kesufian agar pengaruh yang jahat tidak dapat masuk.

A’udhu bi Llahi min asy syaitanir – rajim ( Sekali )

Kemudian di sambung bacaan di bawah ini setiap sekali anda nak mula amalan kesufian ini:

a.      Baca Dua Kalima Syahadat  (  Sekali )
b.      Baca Al fatiha  ( 7 Kali )
c.       Baca Astagfirullah Al Adzim ( 33 Kali )
d.      Zikir : Ya Haayu-Ya Qaqqum- LaYamut  ( 99 Kali )


BACAAN WIRID atau FORMULANYA dari BAGINDA RASULLULLAH  SAW

Menjawab pertanyaan dari Uthman ibn Affan r.a baginda Rasullullah  menjawab :-

Kamu bertanya kepada saya apa yang orang lain belum pernah bertanya. Kunci Pembuka Khazanah Langit & Bumi itu adalah yang berikut :-

La ilaha illa Llahu wa-Llahu akbar
Wa subhan Allahi wal-hamdu li-Llahi
Wastaghfiru Llah alladzi la ilaha illa Hu
Wal-Awwalu wal- Akhiru waz-Zahiru
 
Wal baa tinu yuhyi wa yumitu
 
Wa huwa hayyul laa yamutu biya dihil khairu
Wa huwa aala kul-li shay in Qadiir.




 


Yang bermaksud :-

Tiada yang disembah melainkan Allah
Allah Maha Besar Maha Suci Engkau
Segala Puji Bagi Allah
Aku memohon Ampun kepada Allah
Tiada yang patut disembah melainkan Dia
Dia Yang Awal dan Dia Yang Akhir
Dia Yang Zahir dan Dia jugalah Yang Batin
Yang Menghidupkan Yang Mematikan
Dia Yang Hidup tanpa mati
PadaNya segala kebaikan
Dan Dia Berkuasa atas segala sesuatu.




FAEDAH FAEDAHNYA

Sabda Nabi kepada Uthman :-

Wahai Uthman , barangsiapa membacanya
100 kali sehari, akan dikurnia 10 faedah.

Pertama, segala dosanya yang lalu akan diampuni.
Kedua , terlepas dari siksa neraka.
Ketiga, dua malaikat dilantik untuk memeliharanya daripada penyakit.
Keempat, dikurniakan khazanah rahmat & berkat.
Kelima, mendapat pahala seperti pahala membebaskan 100 orang hamba.
Keenam, mendapat pahala seperti membaca seluruh Al-Quran, Injil, Zabur & Taurat.
Ketujuh, mendapat rumah disyurga.
Kelapan, berkahwin dengan bidadari syurga.
Kesembilan, dia akan dipermuliakan.
Kesepuluh, permohonan keampunan bagi 70 orang saudaranya akan dimakbulkan.


Wahai Uthman, jika kamu mampu, janganlah lupa membacanya setiap hari. Kamu akan termasuk dalam golongan orang orang yang berjaya dan melampaui orang orang sebelum kamu dan selepas kamu.



DIBACA 49 KALI SELEPAS SETIAP SOLAT


Bacaan ini boleh juga dibaca 49 kali setiap selepas solat. Ia akan memakan masa lebih kurang– 10 - 20 minit sahaja. Amalkanlah KERANA Allah.


Selepas dibaca 7 kali : Mohon " Ya Allah, Makbulkanlah  hajat hamba mu ini ....(  Teruskan dengan Sebut apa Hajat anda itu ......... )
Jadi, bila anda sudah sempurnakan pembacaan sebanyak 49 kali, maka anda pun sudah mohon hajatmu dimakbulkan sebanyak 7 kali. Serentak, permohonan anda sudah sampai kesemua 7 lapis langit dan 7 lapis bumi. 

Rahsia ini amatlah mujarab dan saya mengamalkan bacaan 49 kali ini untuk menarik tajaan atau sponsorship untuk pengajian luar negara yang melibatkan beratus ribu ringgit, setiap kali saya pergi luar negara. Alhamdullilah.




WIRID INI JUGA DIBACA OLEH SUFI BESAR HAZRAT KHWAJA MU’INUDDIN CHISTI DIMALAM IANYA KEMBALI......


Pada malam Rejab 633 Hijrah sufi ini saperti biasa masuk ketempat khalwatnya selepas solat Isya. Beliau menutup pintu bilik itu dan memulakan amalannya.

Bacaan wirid inilah yang dibacanya tanpa henti. Beliau memberitahu murid muridnya jangan mengganggunya pada malam itu. Murid murid beliau berada jauh sedikit dari bilik khalwat guru mereka itu tetapi mereka mendengar bunyi bacaan yang luar biasa.
Sampai subuh barulah bunyi bacaan itu berhenti tetapi Tuan Syeikh tidak keluar dari biliknya.


Akhirnya setelah lama menunggu mereka membuka pintu, alangkah terperanjatnya mereka Sheikh besar itu telah meninggal dunia. Ayat ayat berikut kelihatan bersinar pada dahinya :-


Hadha Habibullah ; Mata fi hubbillah
( Inilah Kekasih Allah; Mati Dalam Cinta Allah.)



KAMUS SUFI 

ALAM ALAWI = Alam yang tinggi
ALAM SUFLI = Alam yang rendah
ALAM LAHUT = Takrif umum ialah suatu maqam / level dalam pengamalan tasauf sehingga dia lupa akan sesuatu , yang diingati hanyalah Allah.

Istilah istilah lain yang berkaitan/ nama nama lain Alam Lahut ialah , a'yan sabitah, ruh idhafi, adam syu-un zatiyah, zat ma'nawi, shuratul ilmi, haqiqat nyawa, gambaran insan.






Monday, December 9, 2013

Inginkah anda hidup sihat sepanjang hayat?


 

Inginkah anda hidup sihat sepanjang hayat? .....

Kesihatan adalah sesuatu yang paling bernilai dalam hidup manusia !




Semasa saya membantu dalam pusat rawatan alternative ZenFir Healthcare ( kepunyaan suami saya )  and Terapi Ruqyah dan Metafizik Farukh, ( kepunyaan abang kandung saya ) saya pernah melihat pesakit-pesakit kronik (  yang nyawa mereka hampir terapung di ambang maut  ) datang minta diubati kerana dihantar pulang oleh pihak hospital sebagai end-stage atau terminal. Ada di kalangan mereka di minta potong kaki, potong tangan, membuang payu dara kerana kanser atau lumpuh kerana gejala AIDS. Sistem penyakit mereka sudah lumpuh akibat rawatan dengan ubatan kimia  yang hanya boleh tahan sakit, tahan muntah, tahan batuh dan sebagainya............



bila sudah terkena penyakit kronik....jadi untuk mereka ini,  hanya  tinggallah doa-doa ikut ugama dan kepercayaan masing-masing serta sedikit harapan bahawa rawatan alternatif atau tradisi boleh kembalikan mereka ke landasan kesihatan. Untuk kes-kes kronik..........Suami dan abang saya, akan terus menerus menggunakan ubatan nutrisi, makanan kesihatan, akupressure, homeopathi, ubatan tradisional  dan produk K-Link



Dengan ini lebih 70 peratus atau 7 dari 10 orang dapat di selamatkan dari jerat maut yang menunggu pesakit kronik. Walau bagaimanapun, bukan semua pesakit kronik dapat diselamatkan kerana keadaan mereka sudah merosot teruk. Maka dari situ saya mula sedar  akan kepentingan bahan nutrisi untuk mengekalkan kesihatan sebelum terkena penyakit atau " menyediakan payung sebelum hujan". Payung kesihatan kita adalah sistem imune atau daya tahan penyakit kurnia Tuhan kepada manusia.   





Saya dan keluarga tersayangku, juga  tidak mahu terjerat kedalam zon penyakit yang memudaratkan kesihatan dan seterusnya  berpotensi meragut nyawa saya atau keluarga dan kenalan tersayang ku. Manusia dicipta sebagai Hasil terbilang dan gemilang oleh Tuhan Semesta Alam sehinggalah malaikat pun diminta untuk bersujud kepada manusia. Untuk menjaga kesihatan, Tuhan mencipta pokok, buah-buahan  dan sayur-sayuran  untuk dijadikan sumber nutrisi dan makanan untuk hidup; selepas itu barulah Adam dan Hawa di ciptakan oleh Tuhan yang Maha Bijaksana. 



Jadi bahan nutrisi di cipta terlebih dahulu dari manusia.Hari ini, bilangan manusia yang sihat adalah terlalu sedikit. Di Malaysia, Terroris Penyakit mengancam Ummah. ...Seorang dalam tujuh dewasa di Malaysia menghadapi diabetes. Hampir 7 dari 10 pesakit diabetes mengalami kerosakkan uratsaraf.  Hampir 50% pemotongan kaki di Malaysia adalah dari kalangan pesakit diabetes. Dua Puluh dua ( 22 ) orang dalam 100 rakyat dewasa Malaysia  berumur 30 tahun keatas menghadapi penyakit diabetes. Mengikut kajian 2003, Malaysia menduduki tempat teratas di dunia dalam rawatan dialsis untuk kerosakkan buah pinggang kerana diabetes. Malaysia juga adalah pemenang pingat emas dunia untuk penyakit darah tinggi, penyakit jantung ,  obesity berat badan, kanser, sakit tulang dan urat saraf. 



Kita tidak boleh hidup sihat dengan memakan ubatan kimia seperti panadol dan sebagainya. Malahan kita boleh kawal penyakit dengan memakan vitamin dan makanan Kesihatan atau nutrisi.Selama lebih 50 tahun, generasi demi generasi telah bergantung pada vitamin.

Saya memilik K-Link kerana telah membuat sesuatu yang berbeza dari yang lain iaitu mencipta produk yang SELAMAT dan terbukti BERKESAN selama 13 tahun di 50 buah negara. K-Link menjamin kehidupan yang lebih baik dengan cara mengeluarkan produk-produk kesihatan yang terunggul . 



Apabila kita memilih produk K-Link untuk keluarga kita,  yakinlah dengan tiga perkara – ia sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI.  

SENTIASA SELAMAT 

K-Link Menjamin Keselamatan Tanpa Syarat

Ahli-ahli saintis K-Link telah membuat kajian di pelusuk dunia bagi mencari sumber ramuan asli semulajadi. Kemudian mereka menjalankan banyak kajian ke atas setiap ramuan baru. Produk K-Link  meneruskan kajian dan  ujian berkualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan dan perlindungan bagi setiap satu produk. Setiap Produk K-Link adalah 100% selamat digunakan dan terjamin serta didaftarkan dengan kementerian kesihatan di negara-negara produk tersebut dipasarkan.



SENTIASA BERKESAN


K-Link Menjamin Tahap Keberkesanan Yang Efektif

Banyak syarikat mendakwa produk-produk mereka berkesan tetapi di K-Link, kami mempunyai bukti. Anda akan temuinya di dalam lebih banyak kertas kajian saintifik diatas produk produk K-Link, serta banyak darinya telah diterbitkan di dalam majalah-majalah, yang telah membuktikan keberkesanan bagi produk-produk K-Link.




.SENTIASA MESRA ALAM 

K-Link Menjadi Peneraju dan Contoh dalam Memelihara Alam Sekitar 

Produk K-Link mempunyai prinsip hidup harmoni dengan alam semulajadi kerana kebanyakkan produk adalah bertaraf organik. Kenyataan  pengasas K-Link  telah digunakan lebih daripada separuh abad yang lepas dan kami masih terus menerajui sebagai contoh kepada yang lain. Produk K-Link yang bersifat AyurVeda menyentuh sejarah perkembangan perubatan holistik sejauh 5000 tahun yang lepas.




Berdasarkan faktor-faktor diatas, K-Link menjadi pilihan orang cerdik dan beriman. Kami pun begitu juga. Kami menjemput dan BERNIKAH DENGAN REZEKI BERKAT atas landasan K-Link. 




Sila baca ebook - petua dan rahsia "Bernikah Dengan Rezeki Berkat" untuk MEMINANG rezeki kesihatan dan kewangan yang terbilang dan teragung di dalam hidup anda sekarang juga; buku ini masih dalam penulisan dan akan diemail kepada anda yang berminat. Sila tandakan LIKE  pada facebook kami: ( Khalifah Power )




Saya sekeluarga dan kerabat kenalan saya memilih K-Link ..... bagaimana dengan anda?


 Salam Sayang dari  

Farukh 010 528 1960

Wellness Nutrition and Homeopathy Medicines
HOMEOPATHY ALORSETAR
Unit  1.050
Tingkat 1 - Zone C
Millennium Square - Dataran Millennium
98 Jalan 14/ 1
Section  14
46000 Petaling  Jaya
Selangor


Terms of Use


The aim of this Public Nutrition Source is to provide timely information on diet and nutrition for allied health professionals, and the public. The contents of this Web site are not intended to offer personal medical advice. You should seek the advice of your physician or other qualified health provider with any questions you may have regarding a medical condition. These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Never disregard professional medical advice or delay in seeking it because of something you have read on this Web site. 
This website is maintained by an Independent K-Link Distributor in Kuala Lumpur, Malaysia. All products are shipped directly from the K-Link Home Office in Malaysia and 60 countries from where it operates.

 Salam Sayang dari  


Farukh 010 528 1960

Wellness Nutrition and Homeopathy Medicines
HOMEOPATHY ALORSETAR
Unit  1.050
Tingkat 1 - Zone C
Millennium Square - Dataran Millennium
98 Jalan 14/ 1
Section  14
46000 Petaling  Jaya
Selangor
 





Thursday, August 1, 2013

Tarikh Malam Lailatul Qadar

Mengikut bisikan rahsia pengamal Ilmu Sufi Makrifatullah, mereka fokus pada tarikh 
6hb Ogos 2013 
sebagai Malam Paling Teristimewa, Terbilang, Tergemilang dan Tercemerlang. Kenapa ye?


Menurut Kalender  1,000 Tahun ( dari India dan China ). Tarikh Hari Raya di Malaysia adalah pada   8hb & 9 hb Ogos 2013.


Cerita dibawah ini kami ambil dari internet:


Berkenaan Malam Al-Qadar 


Laylatul Qadar atau Malam al-Qadar telah diketahui umum sebagai malam yang amat istimewa buat seluruh umat Islam. Ia berdasarkan ayat al-Quran dari surah al-Qadr . Firman Allah SWT :

Ertinya : "Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan"  (Al-Qadr : 2) .

Di Malam ini jugalah Nabi SAW bersungguh-sungguh beribadat melebihi malam-malam Ramadhan yang lain.  Disebutkan di dalam sebuah hadith :-

Ertinya : Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramdhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain" ( Riwayat Muslim, no 1175 )

Sebuah lagi hadis menyebut :- 

انه كان يعتكف فيها ويتحرى ليلة القدر خلالها

Ertinya : "Adalah Nabi SAW beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam al-qadar darinya (malam-malam ramadhan)" ( Riwayat al-Bukhari & Muslim)

أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا دخل العشر أحيا الليل وأيقظ أهله وشد مئزره

Ertinya : " Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)" ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Waktunya


Malam Al-Qadar Indah Bagi Orang Beriman


Para ulama antaranya Syeikh Dr Yusof Al-qaradawi menyebut bahawa tarikh malam lailatul qadar sengaja di sembunyikan oleh Allah SWT agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh bagi mencarinya, bagaimanapun ada disebutkan terdapat tanda-tanda akan kemunculan malam yang terhebat ini.

Iaitu seperti hari esoknya yang tidak terlampu panas dan tidak pula sejuk, matahari pula tidak memancarkan sinarannya dan pelbagai lagi. Ia semuanya berasal dari hadith-hadith yang sohih.

Bagaimanapun tanda-tanda ini tidaklah begitu penting bagi individu yang benar-benar telah beribadat sepanjang malam. Ia juga tidak banyak memberikan manfaat kerana malam tersebut sudah terlepas sekiranya tanda itu dikenalpasti esoknya.

Malah, tanda ini juga adalah amat sukar menjadi tepat kerana suasana dan cuaca sesebuah Negara adalah berlainan. Di Negara barat contohnya mungkin sentiasa mendung kerana berada dalam musim sejuk, musim bunga manakala di Afrika pula mungkin sedang mengalami keterikan. Adakah malam al-qadar tidak muncul di tempat mereka kerana setiap siang adalah terik?.

Jawabnya, tanda-tanda ini hanyalah contoh yang berlaku di zaman Nabi SAW dan tidak lebih dari itu.

Menurut pandangan yang paling kuat di kalangan para ulama, ianya berlaku pada sepuluh malam yang terakhir, iaitu pada malam-malam ganjil.

Hadith Nabi menyebut:-

التمسوها في العشر الأواخر من رمضان

Ertinya : " Carilah ia (malam al-qadar) di sepuluh malam terakhir dari bulan ramadhan" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Bagaimanapun, kita sekali lagi mungkin kebingungan pada tahun-tahun tertentu JIKA negara Arab memulakan puasa pada tarikh yang berbeza dengan negara-negara di Nusantara. Justeru, pada malam ganjil menurut kiraan Malaysia atau Saudi ?. Hal ini sukar diputuskan oleh para Ulama. Sudahnya, mereka menyarankan agar dihidupkan seluruh malam sahaja. Jawapan termudah tetapi tidak memuaskan hati tentunya. Wallahu alam.


 Carilah malam al qadar dengan ikhlas dan amal.



Tarikhnya Berubah atau Tetap Setiap Tahun?

Sebahagian ulama mengatakannya bersifat tetap pada setiap tahun iaitu pada malam 27 Ramadhan, manakala majoriti ulama termasuk Imam An-Nawawi As-Syafie pula berpendapat ianya bertukar-tukar pada setiap tahun dan tidak kekal pada satu tarikh (Al-Majmu' 6/450).

Selain dari itu, berdasarkan dalil hadith al-Bukhari, kemungkinan terbesar adalah jatuh pada tujuh malam terakhir iaitu samada 25, 27 atau 29 Ramadhan berdasarkan sabdaan Nabi SAW:-

أرى رؤياكم قد تواطأت في السبع الأواخر ، فمن كان متحريها فليتحرها في السبع الأواخر

Ertinya : Aku lihat mimpi kamu (sahabat) telah menepati di tujuh malam terakhir, sesiapa yang mencarinya, maka carilah ia di tujuh malam terakhir" ( Riwayat al-Bukhari , no 1911 & Muslim)

Dari tiga tarikh harapan itu, tarikh 27 Ramdhan adalah yang paling diharapkan oleh kebanyakan umat Islam (terutamany di negara Arab) dan ia juga dipegang oleh kebanyakan Sahabat Nabi SAW serta ulama silam, sehinggakan seorang sahabat bernama Ubay Bin Ka'ab ra bersumpah ia adalah malam ke dua puluh tujuh (di zamannya secara khasnya kerana beliau telah melihat tandanya dan yakin tarikh itu tidak berubah pada tahun-tahun berikutnya) dan zaman lain umumnya, sebagaimana dalil hadith yang menyebut:-

ليلة القدر ليلة سبع وعشرين

Ertinya : "Malam al-Qadar dalah malam ke dua puluh tujuh" (Riwayat Ahmad, Abu Daud, no 1386 )

Doa Terpenting Semasa Lailatul Qadar

Allah s.w.t pernah menegur manusia yang lupa doa untuk akhirat mereka di masa puncak kemakbulan doa. Anataranya seperti hari Arafah, sebagaimana dinyatakan dalam firmanNya :-

فَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا وَمَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاَقٍ

Ertinya : Maka di antara manusia ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia", dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat ( Al-Baqarah : 200 )

Jelas dalam ayat ini Allah s.w.t menegur manusia yang lupakan kebaikan akhiratnya.

Lalu Allah s.w.t mewartakan bentuk doa yang sepatutnya, iaitu yang merangkumi kebaikan dunia dan akhirat..dan dilebihkan 'portion' atau bahagian akhirat apabila di tambah "selamatkan dari api neraka". Beerti doa untuk bahagian akhirat perlu lebih dari dunia.

Lihat doa yang diingini Allah s.w.t :-

وِمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Ertinya : "Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: ""Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka" ( Al-Baqarah : 201 )

Di malam-malam akhir ramadhan ini target utama kita adalah mendapatkan keampunan Allah s.w.t. Inilah yang disebut dalam jawapan nabi s.a.w kepada Aisyah r.a :-

وقالت عائشة ـ رضي الله عنها ـ : يا رسول الله إن وافقت ليلة القدر، فما أقول ؟ قال: قولي: اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني

Ertinya : "Berkatalah Aisyah , Wahai Rasulullah, jika aku berkesempatan bertemu Malam Al-Qadar, apakah yang perlu aku katakan (doa) ? Bersabda Nabi : " Sebutlah doa " Ya Allah sesungguhnya dikaulah maha pengampun , dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan"

Mestikah Mendapat Tanda ?

Sabda Nabi SAW :

من يقم ليلة القدر فيوافقها..

Ertinya : Barangsiapa yang menghidupkan malam qadar ini dan mendapatnya..." ( Riwayat Muslim)

Hadiith ini menyebabkan setengah ulama mengatakan bahawa setiap individu yang mendapat keberkatan malam al-qadar mestilah mengetahui berdasarkan hadith di atas.

Bagaimanapun, pandangan yang lebih tepat adalah seseorang individu itu mampu mendapat kebaikannya, samada ia mengetahuinya atau tidak mengetahuinya, tanpa menafikan bahawa sesetengah individu diberi rezeki  dan kelebihan oleh Allah untuk mengetahuinya melalui pelbagai cara termasuk mimpi, tanda menarik dan mungkin pelik dan sebagainya.

Tidak perlulah untuk solat malam di tepi pokok atau di hadapan baldi air, kerana ingin memastikan waktu pokok sujud atau air menjadi beku. Allah akan memberikan tandanya menurut kehendakNya.

Masa Berkat Berpanjangan atau Hanya Beberapa Saat?

Saya masih ingat, semasa saya berada di zaman kanak-kanak, tersebar info kepada kebanyakkan saya dan rakan-rakan ketika itu adalah :

waktu maqbul dan berkat ini beberapa saat sahaja. Jika terlepas maka saatnya rugilah sepanjang hayat.

Rupanya, ia hanya rekaan para pereka cipta sahaja yang tidak diketahui tujuan mereka. Hakikatnya, waktu berkat lagi makbul ini adalah luas sepanjang malam, ia telah disebutkan oleh Allah dengan jelas iaitu :-

سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ

Ertinya : Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar ( Al-Qadr : 5 )


Inilah yang diterangkan oleh Imam Al-Qurtubi di dalam kitabnya. (Al-Jami' Li  Ahkam al-Quran, 20/134 )

Wanita Haid Terhalang Dari Berkatnya ?

Adakah wanita sedang haid terhalang dari keberkatan lailatul Qadar?. Sudah tentu jawabnya tidak, Allah s.w.t maha adil. Bagi wanita sedang uzur pelbagai amalan dan ibadah yang masih boleh dilakukan seperti :-

1) Berzikir
2) Berdoa
3) Membawa terjemahan Al-Quran serta memahaminya.
4) Mendengar bacaan Al-Quran oleh suaminya, adik beradik atau dari kaset.
Sebahagian ulama silam dan moden seperti Syeikh Prof. Dr Muhammad Abu Laylah ( Prof Syariah di Univ Al-Azhar) berpendapat mereka dibenarkan juga membaca al-Quran tanpa memegangnya  (melalui hafazan), malah sebahagian yang lain seperti Fatwa Ulama Saudi pula membenarkan mereka membacanya melalui mashaf. Saya tidak ingin membincangkannya di sini. Sekadar memberikan idea dan keterbukaan di kalangan para ulama.

Semoga kita diberikan kekuatan ibadah dan keikhlasan di waktu malam tersebut.

sekian

Zaharuddin Abd Rahman